Wednesday, November 2, 2016

Alhamdulillah, bila hasil kerja kita hampir menepati citarasa klien. Ia umpama dapat "kunci", untuk teruskan kerja-kerja seperti yang disukai oleh klien.

Semoga dipermudahkan semua urusan hari ini.

Amin.

Tuesday, November 1, 2016

Terima kasih kepada tuhan atas kurniaan rezeki hari ini.

Terserlah wajah kegembiraan dan kerisauan di riak muka bakal ayah menanti saat kelahiran anak sulung.

Antara momen yang dapat saya selami. Sebak dan terharu.

Hari ini ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Hantar set berpantang Tanamera.

Kalau buat penghantaran ke hospital, ia akan menghadirkan satu perasaan bercampur baur mengenai diri sebagai manusia. Memerhatikan golongan masyarakat yang mendapatkan rawatan.

Sakit, maut dan sebagainya bila-bila masa sahaja boleh datang kepada kita.

Bila sudah sakit atau sudah sampai habis ikhtihar dalam perubatan, baru datang rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan dalam umur yang telah dilalui.

November datang, Dirasakan masa berlalu dengan pantas. Sudah menghampiri hujung tahun.

Sedar atau tidak umur semakin meningkat.

Wednesday, December 3, 2014

fuh... fuhhh... tiup habuk. lama tidak kemaskini.

Memang ada terlintas untuk kemaskini tapi masa agak terhad untuk menulis.

Friday, October 19, 2012

kenapa mesti iri hati? rezeki ditentukan tuhan dengan usaha diri sendiri.

jika kamu sudah kaya atau terlalu kaya kenapa mesti ada rasa nak memperlekehkan usaha mereka yang berusaha untuk menjadi lebih baik dari keadaan semasa mereka.

takut mereka lebih kaya dari kamu? ingat rezeki tuhan yang berikan. ingat jika tidak dengan izin Nya, tidak akan berhasil.

jika sudah kaya kamu hanya perlu bertenang dan sentiasa mensyukuri nikmat dari Nya. biarkan dan berikan peluang kepada mereka yang masih berusaha. tak perlu kamu nak bolot semua.

jangan hanya sibuk tentang kekayaan. ingat tentang kematian juga.

Friday, September 21, 2012

Wishing Tree





















Hujung minggu ini buat wishing tree yang ditempah pelanggan. Aku suka buat secara manual. Kepuasan dari hasil setelah siap amat lain rasanya jika menggunakan mesin. Tapi ia bergantung kepada bentuk dan saiz. Jika saiznya hanya mungkin setinggi 24 inci, aku masih boleh buat dengan teliti, bergantung kepada masa yang diberikan.

Satu "wishing tree" aku dapat siapkan dalam masa 5 hari. Jika aku mempunyai kelapngan aku akan cuba siapkan dengan segera. Aku akan beri tempoh seminggu kepada pelanggan.

Kadang kala asyik juga melayan kerja tangan ini. Kekemasan dalam setiap hasil amat aku pentingkan. Tapi jangan  bandingkan hasil kerja tangan dan mesin.

Dibawah ini aku tunjukkan "wishing tree" yang sudah siap. Rekaan kad juga dalam perancangan. nanti aku aku "update".





Ini adalah contoh yang sudah siap.


Tempah "Wishing Tree" anda, RM160






Tuesday, September 18, 2012

Banjir Kilat

Kali ini ujian memang betul-betul menduga ketabahan aku dan isteri. Ketika itu kami di Johor Bahru kerana ayah kepada isteri ku baru sahaja pergi meninggalkan kami pada 3 September 2012. Pada ke esokkannya 4 September, aku buka Facebook dan  lihat kawan di Serdang membuat status tentang banjir. Aku fikir mungkin kawasan rumah tidak terlibat
.
Pada hari Rabu, 5 September. Aku rasa tidak sedap hati, lalu bertanya pada kawan kawan di Serdang, ada yang mengatakan kawasan rumah aku tidak terlibat, ada juga yang mengatakan ya. Aku minta tolong Nizam untuk mengambil gambar keadaan rumah dan memastikan samada kawasan rumah dinaiki air atau tidak.
Sepanjang hari resah.

Petang itu Nizam email gambar. Terperanjat melihat kawasan perumahan aku. Memang air telah membanjii sekitar kawasan perumahan itu. Agak tinggi sekitar 2 kaki lebih kedalaman. Ada di antara rumah mereka yg dinaiki air hingga paras pinggang.

Bekas paras air dihadapan rumah.
Barangan jiran yang rosak.
Keadaan kawasan sekitar selepas banjir.

Dari gambar yang aku dapat, kelihatan banyak kerugian dan kerosakkan akibat banjir ini. Kereta, tilam, perkakasan rumah dan alatan elektrik, mujur tidak ada yang menjadi korban.

Pada malam itu kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang ke Serdang pada ke esokkannya,
Dalam perjalanan perlbagai teori aku dan isteri untuk menenangkan hati yang memang gelisah tetang keadaan dalam rumah.

Sampai sahaja di Serdang aku lihat seperti kawasan yang baru lepas di landa tsunami. Keadaan depan rumah kami sudah bersepah dengan pasu bunga dan sampah.





Apabila melangkah masuk ke rumah terus terbau bau busuk dan nyamuk. Takungan air masih ada. Keadaan rumah tunggang langgang dengan beberapa perabot yang terbaring ke lantai, karpet yang basah dan berbau, peti sejuk juga terbaring, keadaan bilik tidur juga menyedihkan, dokumen dan sijil-sijil milik isteri serta aku habis basah. Paling aku terkejut apabila set kamera aku juga bergenang di dalam air. Sedih.
Keadaan dalam rumah.

Pada malam itu kami buntu tak tahu nak buat apa, kami ambil beberapa barang penting dan menginap di hotel terdekat. Sepanjang malam aku sedih. begitu juga isteri.
Keesokkannya kami ke rumah semula untuk mengemas dan mencari apa yang boleh dipakai lagi. Mengambil masa sehingga seminggu juga untuk aku dan isteri mengemas rumah.



Dalam sibuk mengemas, aku dan isteri mengharap ada pihak yang yang akan menghulurkan bantuan pada kami semua yang terlibat dalam banjir ini. Sedih... tiada ada dari pihak kerajaan atau pembangkang yang tampil. Walaupun sudah masuk hari ke 7


Antara koleksi kasut kerja isteri yang rosak.
Semua set kamera kerja aku rosak

Antara sijil yang sedang dikeringkan.

Bantuan dari mereka.

Hanya ada satu sahaja badan sukarelawan yang melawat dan memberi sumbangan. Wang dan selimut untuk setiap keluarga. Walaupun berbeza agama dan bangsa, nilai ihsan jadi keutamaan. Terima kasih Taiwan Buddhist Tzu Chi foundation

Kini, sedang mencari rumah lain. Setiap kali hujan lebat aku jadi takut

Ini adalah ujian dari Nya, dan mungkin dengan izinNya untuk rezeki yang lebih baik.