Tuesday, September 18, 2012

Banjir Kilat

Kali ini ujian memang betul-betul menduga ketabahan aku dan isteri. Ketika itu kami di Johor Bahru kerana ayah kepada isteri ku baru sahaja pergi meninggalkan kami pada 3 September 2012. Pada ke esokkannya 4 September, aku buka Facebook dan  lihat kawan di Serdang membuat status tentang banjir. Aku fikir mungkin kawasan rumah tidak terlibat
.
Pada hari Rabu, 5 September. Aku rasa tidak sedap hati, lalu bertanya pada kawan kawan di Serdang, ada yang mengatakan kawasan rumah aku tidak terlibat, ada juga yang mengatakan ya. Aku minta tolong Nizam untuk mengambil gambar keadaan rumah dan memastikan samada kawasan rumah dinaiki air atau tidak.
Sepanjang hari resah.

Petang itu Nizam email gambar. Terperanjat melihat kawasan perumahan aku. Memang air telah membanjii sekitar kawasan perumahan itu. Agak tinggi sekitar 2 kaki lebih kedalaman. Ada di antara rumah mereka yg dinaiki air hingga paras pinggang.

Bekas paras air dihadapan rumah.
Barangan jiran yang rosak.
Keadaan kawasan sekitar selepas banjir.

Dari gambar yang aku dapat, kelihatan banyak kerugian dan kerosakkan akibat banjir ini. Kereta, tilam, perkakasan rumah dan alatan elektrik, mujur tidak ada yang menjadi korban.

Pada malam itu kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang ke Serdang pada ke esokkannya,
Dalam perjalanan perlbagai teori aku dan isteri untuk menenangkan hati yang memang gelisah tetang keadaan dalam rumah.

Sampai sahaja di Serdang aku lihat seperti kawasan yang baru lepas di landa tsunami. Keadaan depan rumah kami sudah bersepah dengan pasu bunga dan sampah.





Apabila melangkah masuk ke rumah terus terbau bau busuk dan nyamuk. Takungan air masih ada. Keadaan rumah tunggang langgang dengan beberapa perabot yang terbaring ke lantai, karpet yang basah dan berbau, peti sejuk juga terbaring, keadaan bilik tidur juga menyedihkan, dokumen dan sijil-sijil milik isteri serta aku habis basah. Paling aku terkejut apabila set kamera aku juga bergenang di dalam air. Sedih.
Keadaan dalam rumah.

Pada malam itu kami buntu tak tahu nak buat apa, kami ambil beberapa barang penting dan menginap di hotel terdekat. Sepanjang malam aku sedih. begitu juga isteri.
Keesokkannya kami ke rumah semula untuk mengemas dan mencari apa yang boleh dipakai lagi. Mengambil masa sehingga seminggu juga untuk aku dan isteri mengemas rumah.



Dalam sibuk mengemas, aku dan isteri mengharap ada pihak yang yang akan menghulurkan bantuan pada kami semua yang terlibat dalam banjir ini. Sedih... tiada ada dari pihak kerajaan atau pembangkang yang tampil. Walaupun sudah masuk hari ke 7


Antara koleksi kasut kerja isteri yang rosak.
Semua set kamera kerja aku rosak

Antara sijil yang sedang dikeringkan.

Bantuan dari mereka.

Hanya ada satu sahaja badan sukarelawan yang melawat dan memberi sumbangan. Wang dan selimut untuk setiap keluarga. Walaupun berbeza agama dan bangsa, nilai ihsan jadi keutamaan. Terima kasih Taiwan Buddhist Tzu Chi foundation

Kini, sedang mencari rumah lain. Setiap kali hujan lebat aku jadi takut

Ini adalah ujian dari Nya, dan mungkin dengan izinNya untuk rezeki yang lebih baik.

No comments: