Monday, September 17, 2012

Kenangan

Pada 3 September 2012 yang lalu,

Ayah mertua aku telah pergi buat selamatnya. lebih kurang 100 hari selepas pemergian mak mertua ku. Pemergiannya tidak aku jangka secepat ini. Walaupun ia ayah mertua ku, tapi aku menghormatinya seperti ayahku sendiri.

Pada waktu itu isteri ku berada di Sarawak kerana ada acara Karnival yang perlu diuruskan. Hanya aku seorang di rumah. Pada lewat malam ahad aku sudah mengantuk dan terus tidur kerana esok aku akan bekerja dan menjemput isteri ku di KLIA. Aku seperti tidur ayam. yang tidak berapa lena. tiba-tiba isteri ku menelefon mengatakan ayah masuk ke hospital kerana sesak nafas, sekitar jam 2.15 pagi. Aku dapat rasakan kerisauan dalam suara isteri ku. Segala jadi serba tak kena. Aku cuba menenangkan isteri ku. Tidak sampai 5 minit perbualan kami, adik ipar ku menelefon dalam esakan mengatakan ayah telah meninggal dunia. Hati ku terus sebak. Air mata ku mengalir seperti tidak percaya. Kemudian isteri ku menelefon semula. Aku jadi bertambah sayu mendengar tangisan isteri ku.

Aku terus khabarkan pada kedua ibu bapa ku.

Aku tertidur dan sekitar pukul 6.30 aku terjaga. Aku rasakan seperti bermimpi, aku periksa panggilan telefon dari isteri, adakah ia benar atau tidak. Ya Allah, hatiku jadi sebak, memang benar apa yang berlaku.

Isteri mengambil keputusan untuk bertolak dari Sarawak seawal yg mungkin. Dia dapat penerbangan dari Sarawak pada pukul 7.30 pagi. Aku bersiap mengemas barang untuk bertolak dan menjemput isteri ku di KLIA dan pulang ke Pasir Gudang.

Dalam perjalanan pulang aku cuba menenangkan isteri. Aku perlu memberi dia kekuatan kerana dia baru kehilangan ibu dan kini ayah. Aku tak dapat gambarkan perasaan sedih yang dia alami pada masa itu.

Pakcik menelefon mengatakan tidak perlu terburu-buru kerana mereka akan menunggu kami sampai.

Apabila tiba ke kawasan perumahan aku lihat ramai orang dan kelibat anggota polis, kerana ayah adalah seorang anggota polis. Aku jumpa ayah dan ibu ku. Isteri ku terus masuk ke dalam rumah untuk melihat ayah buat kali terakhir. Aku cuba menangkan dia dan sambil menguatkan semangat diri. Tapi aku tidak dapat menahan air mata ini. ku lihat wajah adik adik dan kakak kepada isteri ku. bertambah sebak.

Ku lihat wajah ayah buat kali terakhir. Di wajahnya ku lihat seperti ia masih bernyawa, seperti tidur lena dengan senyuman. Tenang.

Setelah itu ayah disembahyangkan terus dibawa ke kawasan perkuburan. Alhamdullilah segala urusan berjalan lancar.

Lokasi lot kubur ayah dan emak tidak jauh...


Kini segala kenangan aku dan dia akan ku semat dalam ingatan. Walaupun perkenalan kami tidak lama sekitar 5 tahun. Akan ku ingat segala pesan dan nasihat. Ayah dan emak, ku harap kalian ditempatkan dikalangan orang yang dikasihi dan berimah di sisiNya. dan sentiasa dicucuri rahmat.

Untuk isteriku, teruslah bersemangat. kerana aku akan cuba sentiasa berada di sisi mu.

Al Fatihah...

No comments: